FORGOT YOUR DETAILS?

CREATE ACCOUNT

Yatie Ali

Founder of Yatie Ali Exclusive

Mengejar masa dan perlu tergopoh-gapah bersolek pada awal pagi sebelum bergegas ke pejabat adalah 'kewajipan' yang tak asing lagi buat kaum hawa. Berlapis-lapis krim dan bedak ditempel pada wajah sehingga kadangkala memakan masa yang agak lama. Itu tidak termasuk lagi pemakaian maskara, pembayang mata, pemerah pipi dan lipstik bagi menyerlahkan lagi daya solekan.

Bila mengenangkan perkara ini, ramai wanita yang mengambil pendekatan mudah untuk tidak bersolek kerana kesuntukan masa. Akibatnya, wajah tampak lesu dan tidak bermaya sepanjang tugas seharian.

Atas faktor inilah yang mendorong Yatie Ali untuk menghasilkan krim solekan menerusi jenama HD Beaute Cream (HDBC). Krim asas solekan yang mula dipasarkan pada September lalu merupakan jawapan tepat untuk mereka yang sedang tercari-cari krim asas solekan yang tampak natural dan paling utama menjimatkan masa untuk bersolek.

Memberi fokus pada keterampilan seseorang terutamanya wanita berkerjaya, HDBC 'dicipta' demi membantu wanita untuk tampil jelita tanpa perlu bersolek tebal. Dengan hanya mengaplikasikan sedikit krim HDBC sebelum bersolek, hasilnya wajah tampak glowing dan flawless sepanjang hari.

"HDBC diformula daripada bahan semula jadi dan bebas daripada bahan kimia berbahaya. Penggunaan HDBC ini memang mudah, cepat dan selamat berbanding jika kita menggunakan krim biasa yang memerlukan kita mengenakan bedak asas dan sebagainya.

Dengan HDBC, anda tak perlu lagi menggunakan bedak dan ini sudah tentu menjimatkan masa untuk bersolek.

"Sebagai wanita, sudah tentu saya memahami masalah yang sering dihadapi oleh ramai wanita terutamanya golongan ibu berkerjaya." Kebanyakannya menghadapi kesukaran daripada segi masa untuk bersolek. Jika yang punya masa sekalipun, kadangkala solekan akan nampak bercapuk dan terlalu tebal akibat penggunaan bedak secara berlebihan.

"Namun, masalah bedak bercapuk ini dapat diatasi dengan menggunakan HDBC. Krim ini bukan saja sesuai untuk semua jenis kulit bahkan sesuai untuk semua peringkat usia. HDBC mampu menyerap pada permukaan kulit agar nampak cantik secara semula jadi.

"Lebih istimewa, HDBC juga berfungsi memelihara kulit daripada kesan sinaran UV kerana diperkaya dengan SPF35, ia tampak cantik dan melindungi kulit kita. HDBC bukan sekadar make up biasa, sebaliknya ia membantu merawat kulit serta menjadikan kulit nampak halus dan gebu.

"Alhamdulillah, sejak HDBC dipasarkan sambutan yang diterima amatlah menggalakkan terutamanya daripada wanita berkerjaya dan suri rumah tangga. Malah kami menerima maklumbalas yang positif di mana mereka cukup berpuas hati dengan HDBC," ujar Yatie.

TOP